Dari phone call, whatsApp, SMS, Telegram, FB, email dan mcm2 lagi tempat memang dah berlambak2 scammer ni. La ni berani masuk ke group2 official sekolah/kelas anak2.
Jangan tekan apa-apa link dari nombor whatsApp (walaupun nombor yang anda kenal) yang menawarkan :
1. Rumah Mesra Rakyat
2. Rumah PPR
3. Semakan Bantuan Rakyat
4. Tawaran Biasiswa atau kemasukan ke institusi pengajian
5. Tawaran Kursus
6. Jemputan kahwin
7. Grup tazkirah
8. Bantuan Madani
9. Kredit phone/internet percuma
10. Kredit Touch N Go percuma
dan seangkatan dengannya.
Nombor telefon anda akan diciplak dan akan digunakan sebagai akaun keldai tanpa anda sedari, membawa pelbagai risiko kewangan terhadap diri anda. Berhati-hati semua.
**Kongsi peringatan ini kepada rakan dan keluarga serta jiran tetangga sebagai tanda keperihatinan kita
Mommy eez copy paste dari group whatsApp siang tadi.
Kredit gambar #kosmomalaysia