Mommy eez teringat satu kejadian pada tahun lepas...
Pagi tu sepatutnya ada technician datang untuk buat servis aircond di rumah mommy eez. Janjinya nak datang pukul 10am. Bila mommy eez mesej mamat ni pukul 9.57am sebab nak tahu dia sampai pukul berapa, dengan tanpa rasa bersalah dia reply bagitahu, dia baru nak bergerak dan lagi 40minit baru sampai.
Perghhh... terus menyirap rasa di hati. Dahlah tak ada rasa bersalah apetah lagi nak minta maaf sebab lewat dari waktu yang dijanjikan. Dahlah datang ke rumah client tau. Bukannya nak datang suka-suki beraya ke rumah sanak saudara. Ini melibatkan hal kerja dan profesionalism. Mommy Eez dan Incik Boss dah ada plan lain petang tu.
Adakah sebab yang deal tu client perempuan, dan kau ingat surirumah ni ada masa yang super banyaaaakkkk so boleh datang bila2 masa saja yang kau suka???? Adab memang ke laut sungguh.
Maaflah intro sangat tak best pasal tajuk post kali ni. Mommy eez saja nak bincangkan pasal tajuk ni sebab mommy eez sedar sekarang generasi kita ada masalah yang sangat ketara dari segi adab dan pembelajaran. Mommy eez buat point supaya senang nak rujuk kalau ada komen nanti.
1. Persediaan menjadi seorang parents. Nak membentuk sebuah keluarga bukan senang ye. Even dulu masa mommy eez awal2 kahwin pun tak pernah terfikir betapa besarnya tanggungjawab dalam membina keluarga. Jadi, bagi pasangan yang belum ada anak, tak perlulah rasa sedih yang amat (walaupun ianya sakit dan jenuh menghadap pandangan skeptikal masyarakat - ye memang sakit). Berfikirlah secara ke hadapan sehingga ke akhirat sebab bebanan tugas membesarkan, mendidik dan menjaga anak2 bukan setakat keperluan fizikal, malah keperluan rohani juga perlu dijaga dan dititik beratkan.
2. Acuan keluarga menentukan sama ada anak2 tu berdisiplin, beradab dan tahu berbudi bahasa. Itulah kaitan daripada cerita di atas. Ambil remeh masa orang lain tanpa rasa hormat. Akhir cerita di atas tu Incik Boss direct call mamat technician tu dan cancel terus appointment dia.
Mommy eez dulu masa kecil memang tak pernah pergi sekolah agama. Alasan yang arwah Ayah bagi ialah dia tak nak anak2 dia penat lepas balik sekolah dan tak ada masa nak buat homework nanti. Tapi bila mommy eez sendiri dah hantar anak ke KAFA selepas sekolah rendah, barulah tahu betapa penatnya ulang alik menghantar anak siap pakej jem lagi. Mungkin tu alasan lain yang arwah Ayah mommy eez sembunyikan. Tapi itu bukan alasan untuk mommy eez tak hantar anak2 ke KAFA. Mommy eez nekad nak hantar juga sebab nak bagi ilmu agama pada anak2. Mommy eez sendiri pun tak cukup mendalami ilmu agama jadi mommy eez rasa ini tanggungjawab yang mommy eez kena buat pada anak2. Terpulanglah kepada cara masing2 sebab even mommy eez dulu tak pergi ke sekolah agama, tapi arwah Ayah mommy eez hantar mommy eez pergi mengaji Al-Quran di kawasan rumah jiran berdekatan. Jadi, mana2 cara pun tak salah dan terpulang kepada kemampuan anak masing2.
Macam kakak Raihan memang ada banyak energy. Sejenis tak suka duduk diam dan ada je benda dia nak buat. Kalau dia tak tahu nak buat apa, apa lagi mommy dia ni la yang jadi sasaran kena melayan dia. Kita ni banyak kerja. Melayankan dia satu apa pun tak jalan. Baik lah dia habiskan energy dia di sekolah. Kadang2 sementara tunggu mommy eez ambil dia di sekolah, dia akan siapkan homework terus di sekolah. So balik rumah memang hanya untuk berehat. Itu gaya seketul kakak Raihan. Kalau kata tak sempat siapkan homework di sekolah, dia akan buat selepas Isyak sebelum tidur. Tipu lah kalau dia tak pernah ter'miss' homework kan. Kalau dia ter'miss' dia akan siapkan pagi tu dekat sekolah sebelum subjek tu bermula. Memang mommy eez pantau sikit2 je homework dia sebab nampak dia boleh handle sendiri. Kalau ada homework dia yg langsung tak siap memang nama akan naik dalam whatsApp group kelas. Selalunya homework Pendidikan Seni yang paling banyak kantoi sebab dia tak suka buat kraftangan huhuhu~~~
3. Apa kaitan dengan tajuk post ni? Kaitannya ialah suasana persekitaran sekolah pun memainkan peranan penting dalam mendidik anak2 kita. Jadi ada parents yang memilih untuk hantar anak pergi sekolah agama dan ada yang skeptikal dengan sekolah agama, jadi mereka hantar saja ke sekolah harian biasa. Mommy eez sekarang tengah pening mencari sekolah untuk kakak Raihan sebab tahun depan dia bakal masuk ke sekolah menengah nanti.
Mommy eez tahu ada yang kata, ada kawan yang dulu pun pergi je KAFA tapi perangai hauk juga. Buat benda2 tak senonoh, buat maksiat dan macam2 lagi. Ada juga yang fikir bila hantar anak2 ke sekolah agama, nanti anak2 mudah kena culture shock bila dah keluar sekolah tu terutama bila nak masuk kolej/universiti. Bagi mommy eez, ilmu perlu dicari dulu dan belajar. Outcome dari situ kita kena serah pada Allah SWT. Kita tak boleh nak salahkan sekolah agama disebabkan perangai anak2 yang tak baik. Yang penting kita cuba dulu dan tawakal pada Allah supaya anak2 ni faham dan kenal agama Islam dengan lebih baik insha Allah. Malah didikan bukan hanya di sekolah, di rumah juga sama penting jadi mak ayah ada tanggungjawab yang sangat besar dalam mendidik anak2.
4. Pada awal sekolah rendah dari Tahun 1-3, mommy eez hantar kakak Raihan ke sekolah kebangsaan yang bertaraf kluster. Kemudian, pada petangnya pula kakak Raihan pergi ke KAFA untuk belajar agama. Gap rehat antara sekolah kebangsaan (SK) dan KAFA hanya 1 jam saja. Itupun kalau dapat cari anak bertuah seorang ni on time masa balik dari SK. Yelah nama pun kanak2 sibuk bermain dengan kawan2 sampai tak ingat nak balik. Kalau tak, memang lambatlah pergi KAFA. Ulang-alik hari2 membuatkan mommy eez sangat2 stress tambah2 pula anak bertuah ni memang suka ikut pace dia sendiri. Dengan nak makan lunch, nak mandi, nak bersiap pakai baju semua jadi sangat rushing. Lepas tu, bila dah hantar KAFA, Ustaz/Ustazah plak selalu tak ada dan anak2 ni tak berapa belajar sangat. Kadang2 ada masa kena gabung kelas dengan kelas lain sebab kekurangan guru. Ada yang bagi idea untuk hantar je transit yang ada sekali dengan sekolah agama, tapi mommy eez tak berapa suka sebab keadaan sekolah agama yang berdekatan dengan SK tu agak compact/crowded. Mommy eez prefer kalau sekolah agama tu punya environment sama macam SK i.e. ada kawasan perhimpunan, kantin, bangunan sekolah yang proper walaupun kecil. Kalau sekolah agama dalam bangunan commercial, mommy eez kureng sikit. Maaflah mommy eez ni memang cerewet bab2 ni. Tapi terpulang kepada pilihan masing2, mommy eez tak kata tak elok pun sekolah agama yang dalam bangunan commercial tu. Kalau kita dah tak ada pilihan lain nak buat macam mana kan. Maka, last2 bila kakak Raihan masuk tahun 4, mommy eez nekad hantar dia pergi ke sekolah rendah Islam Integrasi (SRII) yang gabung silibus SK dan KAFA dalam 1 sesi. Alhamdulillah mudah bagi mommy eez sebab anak2 masuk ke sekolah bermula pukul 8 pagi sampai balik pukul 4 pm. Makanan pun sekolah sediakan sebanyak 2 kali pukul 10am dan 1pm. Solat Zuhur berjemaah sama2. Mommy eez dulu tersilap langkah sebab terlupa nak register exam sekolah rendah agama integrasi (SRAI) under Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) masa kakak Raihan tadika 6 tahun. Jadi, terpaksa masukkan ke sekolah rendah Islam Integrasi under swasta tapi masih berdaftar dengan JAIS. Korang yang menetap di Selangor jangan ulang kesilapan mommy eez ya. SRAI ni sangat bagus dan menggabungkan silibus KSSR dan KAFA dalam 1 sesi persekolahan. So tak perlu dah mak ayah nak ulang alik hantar anak dari SK ke KAFA. Yuran pun jauh lebih murah berbanding swasta cuma mommy eez tak sure berapa. Kalau ada pembaca yang hantar anak ke SRAI boleh juga komen dan share pengalaman anak2 korang di sana.
5. So, persoalan sekarang kami masih berfikir2 sama ada nak teruskan hantar kakak Raihan ke sekolah agama atau masukkan ke sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian biasa. Akhirnya kami decide untuk masukkan Raihan ke SMK harian biasa sebab dia tak ready lagi nak masuk asrama. Kebanyakan sekolah menengah agama perlu masuk asrama dan kalau ada yang jenis harian agak jauh dari rumah sekarang. Doakan semoga kakak Raihan dapat cope dengan sekolah baru dia nanti dan gunakan basic agama yang dia dah belajar masa di sekolah rendah untuk survive di SMK insha Allah.
6. Kesimpulannya, agama memang menjadi priority bagi mommy eez untuk sekolah anak2. Walaupun dulu sangat teringin nak masukkan anak2 ke SJKC tapi Incik Boss tak setuju. Apa2 pun kita sebagai parents perlu tahu kemampuan anak2 kita sebab tak semua anak2 mampu untuk bawa subjek yang banyak terutama bila dah digabungkan subjek untuk KSSR dan KAFA. Mommy eez kira total ada 19 subjek kesemuanya. Ni list subjek yang kakak Raihan belajar bermula dari Tahun 4 sehingga Tahun 6 dan telah melalui ujian Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) di bawah Selangor:
Subjek Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR):
1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Rekabentuk dan Teknologi
6. Pendidikan Seni
7. Pendidikan Muzik
8. Sejarah
9. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Subjek Deeniyah/Kelas Al-Quran dan Fardhu 'Ain (KAFA):
10. Akhlak
11. Sirah
12. Tauhid
13. Feqah
14. Tajwid
15. Jawi
16. Imlak
17. Khat
18. Hafazan
19. Bahasa Arab
Bila exam UPKK dan PSRA, beberapa subjek akan digabung menjadi 1 paper. Contoh seperti UPKK:
Subjek Ulum Syariah ialah gabungan subjek Tauhid dan Feqah. Paper Adab pula merujuk kepada subjek Akhlak. Yang UPKK 07 dan UPKK 08 kedua2nya subjek amali. Jadi ada 6 exam bertulis. Bidang Al-Quran pula melibatkan tafsir ayat2 surah Juz Amma yang terpilih. Kemudian yang exam PSRA pula:
Ada 5 exam bertulis dan 1 Ujian Tilawah dan Hafazan yang diperiksa oleh Ustaz/Ustazah di sekolah masing2. UTH06 tu dijalankan selama beberapa bulan jadi anak2 diberikan tempoh masa tertentu untuk buat hafalan dan perbetulkan bacaan mengikut tajwid yang betul.
Secara jujurnya, mommy eez pun tak sangka kakak Raihan dapat lalui semua ni. Memang banyak drama dan insiden kami semua kena hadap tapi dengan result yang dia dapat, Alhamdulillah setiap kesusahan datang kesenangan. Tapi sayang result dah elok tapi mommy eez tak apply pun mana2 sekolah berasrama penuh mahupun sekolah agama terbaik untuk kakak Raihan sebab dia tak ready lagi nak berjauhan dari ketiak mommy dia. Hahahaha~~~ 😆
So kalau ada anak2 yang struggle untuk bawa dua2 silibus KSSR dan KAFA ni janganlah paksa diorang. Even kalau result mereka biasa2 pun kita kena raikan sebab bukan senang nak survive belajar sampai 19 subjek! Tak masuk lagi aktiviti2 ko-kurikulum. Sebelum kita marah2, cubalah letakkan diri kita di kasut diorang hokey.
7. Dari segi kemenjadian murid, bila tengok keadaan kakak Raihan memang dia sangat2 struggle sepanjang 3 tahun berada di SRII tu. Tapi dia banyak belajar dari segi ilmu agama dan akhlak. Kadang2 kalau baju mommy eez terselak atau tudung terpendek sikit ke memang kena tegurlah dengan dia. Sekolah agama memang kebanyakan guru2 sangat strict dan skema. Tapi ada juga masa2 yang dia enjoy je bila ada camping atau apa2 event di sekolah. Bagi mommy eez perlu pendedahan disiplin macam ni sebab bila dia masuk ke sekolah menengah, life is much harder than what she went through during sekolah rendah tu. Tambah2 dia kena belajar lebih banyak berdikari bila dah sekolah menengah nanti. Jadi disiplin yang dia dah biasa belajar tu harapnya dapat dikekalkan lah bila dah masuk SMK. Tapi mommy eez tetap ada Plan B kalau kakak Raihan tak dapat survive di SMK memandangkan dia dah biasa dengan kelas kecil yang tak sampai 25 orang pun dalam 1 kelas berbanding di SMK yang 40-45 orang murid dalam 1 kelas. Guru2 dekat SRII pun sangatlaaahh prihatin dan ambil berat dengan keadaan Raihan. So, mommy eez memang tak expect banyak untuk SMK nanti. Kalau dapat guru2 dan kawan2 yang baik memang rezeki untuk anak bertuah seorang ni. Doakan ya.
So, itu saja mommy eez nak ngomel pasal sekolah ni. Bukan senang ye nak cari sekolah yang terbaik untuk anak2. Sejak dah berpindah ni, sekolah yang ada tak banyak choice. Adik Wafa pun terpaksa masuk sekolah swasta juga sebab area Cyberjaya ni hanya ada 1 je SK. So, menurut kawan2 dekat sini kata ada 50 orang murid dalam 1 kelas di SK tu. Adik Wafa ni ada masalah speech delay sikit so takut dia tak dapat cope dan belajar dengan elok. Pendidikan anak2 ni memang sangat2 penting dan mommy eez sanggup spend certain amount mengikut budget sedia ada untuk pendidikan diorang. Tapi, kalau korang tak ada budget pastikan anak2 dapatkan tuisyen atau kita sendiri yang kena berkorban untuk sama2 belajar dengan anak2. Bila kita sendiri tahu apa yang anak2 belajar, kita akan rasa sendiri kepayahan dan struggle mereka dalam pembelajaran. Dahlah dengan silibus yang terlalu tinggi dan tak masuk dek akal hahahaha~ . Tapi apa boleh buat bila Menteri Pendidikan sendiri tidak mahu berkompromi dalam hal ni malah katanya anak2 sekarang makin advance dan lebih pandai. Ya, mommy eez tak nafikan ada tapi bagaimana dengan anak2 yang kurang bernasib baik. Dengan masalah sosial nya, mak ayah terlalu sibuk mencari rezeki sampai kena buat 2-3 kerja so memang tak ada masa lah nak pantau anak2 belajar dan berkawan dengan siapa etc. Macam tak balance. So anak2 yang berada memang bernasib baiklah dapat segala keperluan untuk belajar dan lebih berpeluang untuk lanjutkan pelajaran, tapi anak2 yang kurang berada macam mana? Hidup ni keras kan...
Hokeylah...baik tamatkan bebelan mommy eez sebelum post ni jadi lebih panjang. Hahahaha~~~ . jumpa lagi dalam next post insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ