Recap 2023 : The Story of Mommy EEZ


Jangan kau ucap selamat tinggallll~~~

 

Aaahh ini semua poyo. Hihihi~~~

 

Sebelum kita ucapkan selamat tinggal pada tahun 2023, jom kita tengok di mana tempat yang mommy eez dah singgah sepanjang tahun 2023~~~~

 

 Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur

Kitorang tak puas pergi sini sebab masa dah sampai tu agak lewat juga dalam pukul 4pm. Pusat Sains ni tutup awal dalam pukul 5pm. So ada beberapa tempat yang tak dapat nak masuk. Wuwuwu~~~ Insha Allah mommy eez nak pergi lagi sekali baru kita buat review betul2 hokey.

 

 Nasyrul Quran, Putrajaya

Mommy eez suka pergi sini sebab dapat tengok macam mana mereka cetak pelbagai jenis Al-Quran di sini. Masa tu memang ada pameran Al-Quran terbesar di dunia. Ramai juga yang datang dan bagi mommy eez memang pendedahan yang sangat baik untuk anak2. Nak baca lebih lanjut boleh tekan link post review dekat bawah gambar tu ye.


Milky Way Play Space, Paradigm Mall, Petaling Jaya

Masa ni mommy eez bawa kanak2 ribena dengan anak2 Cikgu Sharmi ke sini masa cuti sekolah bulan Mac, 2023. Lama betul budak2 ni bermain dekat sini dari waktu Zuhur sampai ke Maghrib sebab seronok dapat panjat2. Yang kakak Raihan dan kakak Aisyah dah kemain berani panjat sampai atas tapi takut nak turun. Memang kelakar sangat tengok budak2 ni dengan macam2 ragam dan drama.


Hotel Casuarina, Ipoh, Perak
 
Selalunya bila turn raya kena balik Kedah, kitorang selalu akan singgah area Penang atau Perak untuk berehat sebelum sampai ke Shah Alam disebabkan super traffic jammed yang sangat teruk. So, tahun ni kitorang singgah di Hotel Casuarina di Ipoh, Perak. Best juga hotel ni dan sangat selesa. Walaupun tak sempat nak jalan2 sangat sebab masing2 super penat tapi nanti mommy eez share post review untuk hotel ni. So korang bolehlah tengok interior bilik family room hotel ni.


Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Kuala Lumpur

Tempat ni antara tempat favourite mommy eez dalam tahun ni. Tempat yang sangat best untuk kita healing2 dengan kucing. Rocky's Cat Club ni memang deserve a post review sebab kucing2 yang ada dekat sini sangat bersih. Tempat lepak dia pun best, bersih, rasa macam ala2 dekat rumah dan sambil layan kucing boleh layan coffee juga. Mommy eez sempatlah berdrama dengan seekor kucing diva dekat situ. Huh~~~ Nanti mommy eez update post ni dengan link post review tu hokey.


 iCity Theme Park, Shah Alam

 iCity ni boleh dikatakan sekangkang kera je dari rumah mommy eez. So, patut tak masuk dalam list tempat2 menarik nak pergi. Boleh kata tiap2 kali cuti sekolah mesti pergi sini hahaha~ Tapi sebab masa pergi ni adik Wafa dah besar. Dulu2 pergi, dia macam belum ada perasaan sangat sebab masa tu tengah undergo speech delay therapy. DIa macam tak ada confidence nak mengekspresi apa yang dia rasa. Sekarang Alhamdulillah speech dia dah byk improve so dia plak yang excited nak main semua permainan. Yang kakak Raihan plak dah tak ada perasaan sebab mostly permainan dia tak lepas dari segi ketinggian sebab dah over-qualified. Wuwuwu~~~ tu lah benda tak best bila anak beza tahun agak jauh. 

 


 Sekinchan, Selangor

 Inilah tempat paling menarik yang mommy eez pergi tahun lepas. Mungkin ramai orang rasa tak feel langsung setakat nak layan sawah padi, panas dan tak ada apa2 aktiviti menarik pun nak dilayan tapi... bagi orang macam mommy eez yang sangat suka sightseeing, sangat menghargai keindahan alam dan tak berapa kuat nak buat aktiviti2 berat, SEKINCHAN IS AMONG THE BEST PLACE FOR HEALING!

Tempat ni sangat sesuai untuk expose anak2 terutama yang tak duduk dekat rumah atas tanah, kenal sawah padi (sedangkan kitorang kalau balik Kedah, selalu je lalu sawah padi ni, tapi tak pernah berhenti nak ambil gambar dan feeling2). Boleh tengok secara dekat dan yang paling best, kitorang layan ATV ride dekat sawah padi! Silalah pergi membawa anak2 ye kawan2 sekalian. Mommy eez stay 1 malam je dekat situ tapi memang berbaloi2!!!!

 

KF Kiddy Circuit Ride, MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur

Last cuti sekolah tahun ni, mommy eez dan Cikgu Sharmi (bestie mommy eez sejak sekolah menengah) bawa anak2 lepak dekat MyTown Shopping Center. Lepas dah bawa budak2 ni main 3 playground besar sebelah IKEA shopping centre tu, kitorang pun bawa budak2 ni main mini go-cart dekat KF Kiddy Circuit Ride ni. Budak2 ni happy sebab boleh bawa sendiri dan lama juga diorang pusing dalam tu. Yang mak2 ni semua melebihi 60kg tak berani nak ambil risiko untuk main sekali sebab mahu semput go-cart tu kitorang kerjakan hahaha~~ 


So, tak banyak tempat menarik sangat pun kitorang pergi tapi mommy eez bersyukur sebab masih lagi diberi kesempatan untuk luangkan masa dengan famili sekalipun tempat yang kitorang pergi sempoi2 je. The most important is the quality time we spent with the family not the quantity. Buat apa pergi jauh2 tapi anak2 tak sihat, plan ke laut dan akhirnya pergi dapat penat dan moody kan. So kita chill2 je. Ada rezeki lebih kita jalan jauh lagi hokey, aaameeen.


Lavvv,

Mommy EEZ

Biar harapan menggunung tinggi, asalkan usaha takkan pernah berhenti

 Assalamualaikum semua!

My current obsession~~~

Would this be my last post? Harapnya tak sebab banyak lagi benda nak bebel sebelum masuk tahun 2024. Bagi menambahkan semangat untuk mommy eez kembali menulis, mommy eez dah tukar gambar background dekat atas tu. Yes, it was me back in 2011. Kenapa tak letak gambar terbaru? Kenapa mesti nak letak gambar masa muda2 dulu? Gambar tu adalah gambar yang sangat sangat sangat bermakna buat mommy eez. The moment where I was at my peak in my life career, family and relationship. Rasa macam doniya ini saiyaa yang ponyaaaa~~~ muahahahaha~ . Tapi hakikatnya, pada saat itulah bermulanya hidup mommy eez berubah 360 darjah. Gambar tu mengingatkan mommy eez yang dulunya seorang yang sangat happy go lucky, bebas, fearless dan sukakan eksplorasi. Jadi, itu sebabnya gambar tu dipilih bagi menghiasi tahun 2024 nanti insha Allah.


Kenapa remove gambar Kiddie Oasis? Hmm.. tunggulah pengumuman mommy eez pada bulan 4 tahun depan nanti ya. Jeng jeng jeng~~~


Mommy eez plan sebelum masuk tahun 2024, akan ada 2 post baru (insha Allah) :

1 - Mommy eez akan share recap 2023 di mana tempat2 yang mommy eez pergi sepanjang 2023 ni. Post review tempat mommy eez pergi tahun 2022 pun belum habis buat lagi. Hadoiyai.. 


2 - Azam tahun 2024. Alhamdulillah azam tahun 2023 ada yang berjaya capai, dan ada yang tak hahaha~. Mesti korang dah boleh agak azam apa yang paling susah nak capai tu siap carry forward dari tahun2 sebelumnya lagi hihihihi~~~


Harapannya semoga dapat teruskan menulis dan kembali aktif berblogging supaya dapat generate passive income di sini. Kepada taiko2 bloggers Malaysia yang lalu singgah ke blog ni, mungkin korang boleh share cara untuk dapatkan trafik tinggi masuk ke blog dan widget yang best2 dekat bahagian komen hokey.


Mommy eez sebenarnya rasa sikit awkward sebab dah lama tak menulis, jadi tak dapat nak menulis panjang2 macam sebelum ni. Semoga saka menulis kembali datang dan terus istiqamah bersama mommy eez bermula sekarang dan sampai ke tahun2 depan seterusnya. Aaaameeen..


Lavvv,

Mommy EEZ 

Popular Posts