Assalamualaikum semua.
Last post mommy eez untuk My #QuranTime ni ialah pada Januari 2023??? Uwaaaa lama betul tak sambung tadabbur quran ni. Apakah yang sudah merasuk mommy eez untuk meninggalkan My #QuranTime ni buat sekian lama. Sibuk sangat dengan duniawi kah!? Maafkan hambaMu yang sangat senang terpedaya dengan hiburan dunia ni ya Allah..
Mommy eez sibuk dengan cuti sekolah anak2 pada bulan Februari, Mac pulak bulan puasa (sibuk melayan siri Jannah, Home at Last oleh Imam Omar Sulaiman), kemudian disambung pula pada bulan April masuk raya plak. Bermula bulan May ni barulah dapat fokus semula untuk belajar. Mommy eez sejenis mengutamakan famili dulu baru diri sendiri, maka inilah yang terjadi. Wuwuwu~
Jom, tanpa melengahkankan masa2 yang berlalu bak air paip yang deras mengalir, kita start buat nota episod 14 My #QuranTime edisi ke-2:
Episod 14 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tirmizi Ali
- Pada ayat ke-28 Surah Al-Baqarah ini, Allah SWT mempersoalkan bagaimana seseorang manusia boleh ada perasaan kufur dan tidak bersyukur sedangkan mereka pada asalnya tidak punya apa2.
Manusia ini asalnya dalam keadaan mati (berada di alam rahim), kemudian dihidupkan di dunia melalui proses kelahiran. Kemudian dimatikan dan dihidupkan semula pada Hari Akhirat. Allah SWT menggunakan perkataan يُحْيِيكُمْ untuk menunjukkan bahawa kehidupan yang kedua adalah lebih panjang dan kekal berbanding kehidupan pertama.
Ada juga manusia yang percaya kepada Al-Quran saja tetapi tidak percaya kepada Nabi dan mereka ini menjadi anti-sunnah/anti-hadith. Sedangkan di dalam Surah At-Tawbah membincangkan tentang keimanan kepada Nabi. Agak pelik bila ada golongan yang mengakui seperti ini dan mereka akhirnya tergolong di dalam golongan fasiq.
Maka, pengajaran pada ayat ini ialah Allah SWT mahu memberikan peringatan kepada kita supaya kita sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah SWT dalam keadaan suci, bersih dan berada dalam rahmatNya.
- Perkataan pilihan ada pada ayat ke-28 ini:
Perkataan تُرْجَعُونَ ini membawa maksud bahawa kita seharusnya menyiapkan diri dengan pelbagai bekalan amal kebaikan yang akan dibawa apabila kita kembali menghadap Allah SWT.
- Pada ayat ke-29 Surah Al-Baqarah ini menunjukkan bahawa Allah SWT lah Pencipta seluruh alam ini merangkumi langit dan bumi dan Maha Mengetahui segala apa yang Dia ciptakan.
- memberi manfaat dan kegunaan buat umat manusia
- supaya manusia sedar akan kekuasaan dan kehebatan Allah SWT (mengikut pendapat Imam Al-Qurtubi)
Tujuan lain Allah SWT jadikan perkara2 yang tak baik atau tak disenangi seperti ular berbisa, makanan yang haram dimakan, minuman yang memabukkan dan sebagainya adalah kerana supaya kita berhati2 dalam memilih apa yang baik dan buruk di dunia ini. Bila kita mampu menjaga diri kita dari mendekati perkara2 yang tak sepatutnya ini, maka kita dapat kembali kepada Allah SWT dalam keadaan yang diredhai olehNya insha Allah.
Apabila Allah SWT mengatakan Dia Maha Mengetahui bahawasanya ilmu pengetahuan Allah SWT tersangatlah luas. Kita hanya mampu melihat bintang yang berkelip di atas langit itu pada lapisan langit pertama saja dan kita manusia tidak mampu melihat selebihnya dengan mata kasar. Sedangkan, Allah SWT menciptakan 7 lapisan langit. Maka, setiap inci ciptaanNya adalah di bawah pengetahuanNya.
Oleh itu, kita harus sedar keterbatasan manusia dalam ilmu pengetahuan dan tidak boleh dibandingkan dengan Pencipta alam ini sendiri.
- Hukum tajwid dalam episod ini;
Hukum Ikhfa' Hakiki bermaksud sembunyikan bunyi makhraj ن di sisi huruf Ikhfa'. Terdapat 2 kalimah yang ada hukum Ikhfa' Hakiki ini iaitu:
- ن mati bertemu dengan ت
- tanwin ( ـً ) bertemu dengan ف
Seterusnya, kita perlu berhati2 dalam menyebut huruf ث
- Segmen hafazan tertumpu pada ayat ke-28;
- Resolusi bagi episod kali ni ialah:
Kita seharusnya selalu sedar diri atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dan jangan mudah lupa diri. Kita juga kena selalu beringat untuk persiapkan bekalan amal untuk diri kita apabila sampai masanya untuk bertemu dengan Allah SWT.
Hokey itu saja nota dari Episod 14 My #QuranTime edisi 2.0 ini. Korang boleh tonton video di sini untuk faham lebih mendalam:
Semoga kita berjumpa lagi dalam nota seterusnya, Assalamualaikum.
Lavvv,
Mommy EEZ