Wedding Review - Harga Setem untuk Kad Kahwin

Sebelum ni mmg saye pernah dengar yang harga setem untuk pos kad kahwin dah naik harga sebanyak 100% daripada harga asal. Maknanye, dari 30 sen sudah jadi 60sen! Kalau tak percaye, bolehlah bace link di bawah ni..

 Source - www.highnessfiq.blogspot.com

Agak membebankanlah pada pasangan yang nak berkahwin ni sebabnye, dahla kena menanggung belanje kahwin yang besar, ini pula kos setem. Bayangkan kos setem sahaja nak dekat sama harga dengan kad kahwin! Hawau betul!

Semalam, saya pergi ke pejabat pos utk menanyakan kos setem utk kad kahwin saye. Saya pun menjangkakan harganya 60sen. Sekali BUKAN! Harga setem utk kad saye ialah 80sen!!!!! Mulanya saye ingatkan sbb kad kahwin saye besar atau berat (tapi takdelah berat mane pun). Rupenye2, penambahan lagi 20sen kerana envelop saye bukan berwarna putih!! Apakah??!!!!

Alasan yg sgt tidak munasabah! Tapi apekan daye kerana itu syarat yg dikenakan oleh Pos Malaysia sendiri. Jadi bagi saye, Pos Malaysia telah mengambil tindakan yg tidak begitu bijak kerana apabile mereka menaikkan harga setem, lagi ramailah org akan menghantar kad kahwin mereka melalui e-mail. Mudah, jimat, senang dan tak perlukan setem pun. Tapi, sedikit kesusahan ialah para jemputan terpaksa print sendiri atau cek sendiri alamat tempat majlis berlangsung. Kalau dah tahu, takpelah. Kalau dah rumah dekat tempat ceruk kan ke payah?! Skali dlm Google Map pun takde. Camne? Hehehe.. Gurau je.

Jadi, saye telah pun menyenarai pendek kawan2 yg saye perlu menghantar kad kahwin saye melalui pos. Kemudian, saye pun dgn gembire pergi ke pejabat pos utk membeli setem 80sen.

Haku: Abg, saye nak beli setem 50sen utk 40 keping, 30sen pun 40 keping jgk..

Abg Pos: Kenape nak beli asing? Setem 80sen sekeping kan ade?

Haku: Eh, ade yeh? Oh, saye ingat tak de tu pasal saye nak beli asing2. Hehehe (*malu)

Perbualan di atas menunjukkan betape saye sgt ketinggalan zaman dan dah lame tak pakai pos. Sekarang zaman teknologi tinggi. E-mail, Twitter, Yahoo Messenger, MSN dan lain-lain juga menjadi pilihan hati. Tapi sebab pakai pos ni lebih kepada nilai sentimental dan rasa hormat, maka saye sanggup menghabiskan sedikit duit daripada bajet kahwin saye utk menjemput kawan2 saye ke majlis perkahwinan saye nanti.

Mungkin ade yg di luar sane pun jarang atau tak tau pun kewujudan setem 80sen ni. Macam ni lah rupenye.. hehehe..

^_^

Wedding Review - Kad Kahwin (Wedding Card)

Alhamdulillah.. 

Kad kahwin saye telah selamat disiapkan tepat pada masanya. Mula2 mmg agak panas punggung dan hati sbb menunggu berjam2 utk dilayan tapi berkat kesabaran, Alhamdulillah, saya dan tunang sgt berpuas hati dgn hasil kad kahwin kami..Tapi sebelum tu ade cerite di sebalik pembikinan kad kami ni. Semoga anda semua boleh jadikan ianya sebagai iktibar dan pengajaran.


Kami telah menempah kad kami pada syarikat di atas ni (boleh tekan pada link di atas utk melihat website mereka) semasa pameran pengantin di Mid Valley bulan Ogos lepas. Kami sgt tertarik dgn design kad mereka yg sangat sempoi dan unik. Walaupun tempatnya agak jauh di Melaka dan kami di KL, tapi kami sanggup mengambil risiko kerana terlampau berkenankan kad mereka tu. Setelah puas survey di website mereka, inilah design yg mjadi pilihan kami..

Source - Kad-kadkahwin.com

Bertambah pula konon harganya murah iaitu 70sen utk sekeping kad. Tetapi, JANGAN TERPEDAYA kerana ada "hidden charge" di situ. "Hidden charge" yang saya maksudkan ialah caj artwork sebyk RM50. Bila kami tanyekan harga kad, mereka hanye memberitahu harga kad SAHAJA tidak termasuk caj artwork. Kemudian, jika mahukan printing di atas envelop juga perlu ditambah 10sen lagi utk setiap keping. Haaa.. kami hanya tahu selepas kami membayar deposit RM50 dan mendapat invois mereka. Bukannye kami tak tanye berapa keseluruhan harga kad sblm kami bersetuju utk menempah kad dgn mereka ni, cuma kami agak terkejut kerana tidak diberitahu dgn lebih awal yg ade caj tambahan utk artwork.

Maka, keseluruhan kad kami rupenye berharga 90sen/keping dgn 1 banner dan 1 banting serta printing di envelop. Itu pun printing utk SATU warna SAHAJA! Kami agak berang juga, tapi kami tabahkan jua hati yg sdg panasss! Kemudian, kami sangka proses utk edit mengambil mase yg sekejap dan mudah tapi sebaliknya terjadi. Sbbnye saye seorg yang sgt cerewet dan bertambah malang pabile designer mereka asyik membuat kesalahan yang same. Dahle begitu, nak membalas email kami pun tersanggggaaatla lembab sehingga kami terpakse membuat 3-4 kali panggilan utk mengingatkan mereka ttg kad kami.

Kami akhirnya tewas dan jemu dgn sikap mereka yg sgt tidak profesional dan lembab itu, maka kami mengambil langkah drastik utk menukar tempat dan akhirnye kad kami dihasilkan oleh kedai no. 2 bwh ni. =)

Kedai ni agak popular di kalangan rakan2 saye yg baru berkahwin tahun ni. Jadi kami pun mencuba nasib di kedai yg terletak berhampiran Pudu Plaza ni kerana kata kawan2 saye, kad boleh diproses dlm mase yg sgt pantas iaitu seminggu. Kami pun dtg dan hati sgt berbunga2 pabila mereka bersetuju utk menyambung design kad kami dgn harga 70sen/sekeping serta berwarna-warni! Kami jimat 10sen/keping di situ dgn tambahan banner berharga RM50 dan percuma 1 banting dgn tempahan 1000 keping ke atas.

Mula2, sambutannya juga dingin dan sikap mereka sama sahaja spt kedai di atas. Saye perhatikan hampir kesemua designer mereka bekerja dlm keadaan tertekan dan apabila ada pelanggan yg dtg/telefon dgn suara yang keras/marah, mereka bertambah memberontak. Jadi, saye cuba mengubah cara saye utk berhadapan dgn golongan org yg sebegini. 

Hampir selama 3 hari berturut2, saya dtg ke kedai ni selepas waktu kerja saya hanya utk memastikan yg designer saye benar2 menyiapkan kad saye. Saye duduk di sebelahnye dan cuba utk bercakap/berbincang dgn care yg baik/lembut walaupun pada mase itu mood saye kurang baik (tertekan sbb kerja dan lain2). Malah, saye dan tunang terpaksa menunggu 2jam lebih di dlm kedai tu sbb pelanggan terlampau ramai dan designer mereka tak smp 10 org. Merekalah yang design, merekalah yang menjawab call, merekalah yang menguruskan tempahan kad. Saye perasan satu designer akan mengambil ~15pelanggan dlm satu2 mase. Oleh sebab itu, saye cube memahami keadaan mereka dan bersikap sabar atas kecuaian/kesalahan yg mereka buat pada kad kami.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, kad kami siap diproses dlm mase 3 minggu. Seminggu kami gunakan utk designer kami melukiskan semula design kad yg telah kami tempah pade kedai no.1 tadi dan 2 minggu utk proses design banner/banting dan printing. Kami sgt berpuas hati dgn hasil kerja designer kami bernama Nurul kerana disebabkan kreativiti beliau, kad kami jadi lebih cantik dpd design asal.
Cuba tgk.. tada!!

Kami tidak dikenakan charge utk printing envelop. =)


Kad kami agak murah dari segi material kad, tp yg pasti kami suke dgn design dan warna kad kami. =D


Jadi sekarang, selesai sudah satu bahagian. Nantikan review saye yg seterusnye di episod akan dtg! =)



Popular Posts