Kenapa Allah SWT wajibkan puasa bagi orang beriman?

 



Target dia TAKWA.

Kalau siang kita tahan makan,
tapi malam masih tahan ego?

Kalau perut kosong,
tapi hati masih penuh dendam?

Ramadan bukan sekadar ubah badan.
Ramadan nak ubah hati.

Hari 1 ni…

Jom reset niat.

Jangan puasa sebab kebiasaan.
Puasa sebab nak jadi hamba yang Allah redha.

#RamadanDay1 #RamadanReset #PuasaKeranaAllah #MenujuTakwa


p/s: ada tak sesiapa tahu macam mana nak masukkan video dalam blog? Dulu boleh je masuk video sekarang dah tak boleh pula. Kalau masuk video lagi feeling sikit kan. Hmmm~~~ kalau ada pembaca blog ni tahu boleh tolong ajar mommy eez yang semakin menuju zaman dinosaur ni 😅


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Berpuasa Semua / Ramadan Mubarak 2026

 


Bismillah… 🌙

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan dalam keadaan aman dan penuh iman.

Kurniakan keselamatan, tetapkan Islam dalam hati kami, lindungi kami dari godaan syaitan, dan redhailah kami ya Ar-Rahman.

Ramadan bukan sekadar datang…
Tapi peluang untuk kembali. 🤍

Semoga esok kita melangkah ke 1 Ramadan dengan hati yang bersih, niat yang lurus dan azam yang baru.

Jangan lupa sahur, jangan lupa niat! 🌙✨

​Esok bermulanya perjuangan kita. Jom kita 'set' siap-siap niat puasa malam ni supaya tak terlupa.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan Allah SWT sudi menerima segala amal ibadah kita pada tahun ni insha Allah

Selamat berpuasa semua! 🤲


Lavvv,

Mommy EEZ

Tarikh Puasa 2026 jatuh pada Hari Khamis 19 Februari 2026 / 1 Ramadan 1447H

 



Alhamdulillah! 1 Ramadan 1447H jatuh pada hari Khamis, 19 Februari 2026.

Yeayyy Khamis dah start puasaaaaa 🤍✨

Semoga Ramadan kali ni lebih tenang, lebih fokus, lebih banyak tadabbur & lebih dekat dengan Al-Quran.

Jom set niat awal-awal:
Puasa bukan sekadar tahan lapar… tapi tahan hati, tahan mulut & tahan emosi 💛

Siapa dah ready menu sahur pertama? 😆👇

#Ramadan1447H #RamadanReady #RamadanAlMubarak


Lavvv,

Mommy EEZ

Doa Menyambut Kedatangan Ramadan 1447H / Ramadan Al-Mubarak

 


Ramadan makin hampir… 🤍


Bukan sekadar tukar waktu makan,
tapi waktu untuk tukar hati.

Ya Allah, sampaikan kami ke Ramadan dalam keadaan sihat dan tenang.

Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

Kurangkan lalai, lebihkan sujud.

Kurangkan dunia, lebihkan akhirat. 🌙





Lavvv,

Mommy EEZ

Get into My Most Wanted Blog List / Blogwalking

 Hola Semua...


Dalam pada mommy eez tengah gigih buat update dekat blog ni, mommy eez terfikir untuk buat My Most Wanted Blog List dekat bahagian tepi kanan blog ni. 


Tujuan buat list ni ialah untuk menyenangkan mommy eez buat blogwalking dan tinggalkan jejak/komen dekat blog korang untuk naikkan views/engagement. 


Kalau korang ada idea lain yang lebih bernas atau lebih menarik boleh share juga dekat bahagian komen so mommy eez boleh take into consideration juga.


Blog mommy eez ni akan banyak sharing tentang buku2 viral yang tengah hangat di pasaran dan juga perkara2 berkaitan Islamik. Hobi mommy eez pun ada juga nak share jika berkesempatan huhuhu~


So, jangan memalu dan segan untuk drop link blog korang dekat bahagian komen dan mommy eez akan letakkan dkt bahagian My Most Wanted Blog List tu. Semoga kita semua dapat support each other dalam penulisan blog dan berukhwah melalui medium blog ni insha Allah.


Harapnya sudilah berkawan dengan mommy eez gen2 millenialllllssss yinniy.



This is how I portray myself in my current role~~~ 

(muka dikartunkan pun nampak chubby haiiihhhh)


Lavvv,

Mommy Eez

Bukan pilihan menjadi orang yang selalu diuji - ADIK-BERADIK DAN KELUARGA

 



Dalam adik-beradik, yang paling banyak diuji selalunya bukan yang paling bising...

Yang diam, yang selalu mengalah, yang lambat 'jadi' - itulah yang Allah SWT sedang bina jati dirinya.

Kalau rasa tak difahami, tak dipuji, tak dipertahankan...

Mungkin sebab Allah SWT sendiri yang membenarkan ianya berlaku.

Kadang-kadang yang kuat itu bukan yang paling cepat berjaya, tapi yang masih bertahan walau paling banyak telan perasaan. 

Pernah rasa menjadi 'orang yang ni' dalam keluarga?

Jangan segan silu untuk komen di bawah.

Semoga Allah SWT selalu melindungi dan mengasihi kita tidak kira apa jua keadaan kita di dunia mahupun di akhirat.


Lavvv,

Mommy Eez


Doa Selepas Solat Dhuha

 #salamdhuha buat semua. Jom sama2 mulakan pagi ni dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 🤲🏻



Kredit gambar dari ShahihFiqih


#salamselasa #doaharian #doadhuha #assalamualaikum


*Dah lama tak bersiaran di sini. 1st post of 2026 technically. Mommy Eez plan nak kembali aktif di sini walaupun dah banyak kali merancang tapi selalu berakhir di tengah jalan. Semoga ada jalan dan sinar untuk kembali menulis insha Allah


Lavvv,

Mommy EEZ

Koleksi Nota My #QuranTime dari Juzuk 1 hingga Juzuk 30 / Nota My QuranTime

 

📖 Al-Quran bukan untuk dibaca sahaja… tapi untuk difahami & diamalkan.

Dengan Nota My #QuranTime, setiap juz jadi lebih jelas, ayat lebih hidup dan tadabbur jadi lebih dekat di hati.

✨ Kalau nak Al-Quran betul-betul membentuk hidup kita, koleksi ni memang wajib ada di rumah.



Sejajar dengan tujuan program My#QuranTime yang disiarkan di TV ALHIJRAH iaitu mahu menjadi platform solidariti ummah mempelajari asas bacaan al-Quran, Tadabbur dan Tazakkur, maka lahirlah naskhah lengkap: 

NOTA MY #QURANTIME 

sebagai panduan lengkap buat mereka yang cintakan al-Quran.


NOTA MY #QURANTIME ini diterbitkan sebanyak 30 juzuk, yang mana setiap juzuk mempunyai sebanyak 230 hingga 300 halaman.


Nota ini juga merangkumi:

- Satu buku, satu juzuk

- Nota pilihan daripada penonton

- Aplikasi QR code untuk video bacaan terpilih

- Nota ringkasan yang padat tapi mudah difahami

- Peta infografik berwarna yang dapat membantu pemahaman pembaca.


 

💰Harga: RM29 exclude postage

📲 WhatsApp +6017-6564 769 to order

🏠 Self pick-up at Seksyen 15 Shah Alam

🌐 https://kiddieoasis.my-online.store/

*Bagi pembelian di Shopee, TikTok ataupun Lazada boleh terus WhatsApp dan Mommy Eez akan share link di WhatsApp


Lavvv,

Mommy EEZ

BUKU PAPAZOLA THE MOVIE - 3 BUKU DALAM 1 HARGA SAJA

 

BUKU TERHANGAT DI PASARAN SEKARANG!

✨ Papa Zola The Movie – Edisi 3 Dalam 1! ✨

Anak suka tengok movie Papa Zola?

Sekarang 3 kisah dalam 1 buku pula! 📚😍

Baca boleh, tengok boleh, ulang 10 kali pun anak tak bosan 💛

✔️ Jalan cerita best
✔️ Ilustrasi warna-warni
✔️ Sesuai untuk bonding ibu ayah & anak

⚠️ Stok terhad, yang lambat confirm menangis 😆

👉 DM / komen “PAPA ZOLA” sekarang!

Beli di 👉 SHOPEE

Beli di 👉 TikTok









Kalau ada apa2 pertanyaan jangan malu dan segan. Komen saja di bawah tau


Lavvv,

Mommy EEZ

#kiddieoasisonlinestore

CUTI SEPANJANG TAHUN 2026 DI MALAYSIA - PUBLIC HOLIDAY CUTI SEKOLAH

 


Mak ayah sekalian 📢📢📢

Cuti panjang 2026 ni banyak betul port boleh ambil cuti keluarga ❤️ 👨‍👩‍👧‍👦

Nak tanya sikit:
✈️ Team travel
🏡 Team duduk rumah
📚 Team isi aktiviti anak

Korang team mana? Cer Komen 👇

Selamat Tahun Baru 2026 / Happy New Year 2026

 Assalamualaikum semua.


Selalunya setiap kali tahun baru, mommy eez akan ada list recap dari tahun sebelumnya dan azam tahun baru. Tapi kali ni mommy eez seperti biasa semangat tu rasa biasa je. Sebab lebih kepada nak menghadap rutin harian, persediaan sekolah anak2 dan kesihatan diri sendiri. Nak mengharap lebih2 pun takut frust bila hasrat tak kesampaian. Jadi kita just go with the flow saja. 


Namun ada sedikit yang mommy eez ingin sampaikan di bawah. 

Sesungguhnya jujur dari hati sendiri


Ameeen Ya Rabb.

Moga tahun 2026 menjadi tahun di mana setiap doa yang kita bisikkan dalam diam, dijawab dengan cara yang paling indah. 

Menanti setiap pelangi selepas hujan, dengan penuh tawakkal. 🤍

#AllahKnowsBest


Popular Posts