Assalamualaikum semua...
Dalam parenting ni tak ada yang betul dan salah. Semuanya trial and error. Mungkin cara A sesuai dengan anak kita tapi tak sesuai dengan anak orang lain. Mungkin cara B sesuai dengan anak orang lain tapi tak sesuai dengan anak kita.
Walaubagaimana pun, setiap langkah kita mendidik anak2 bolehlah berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW. Pasti setiap cara dan langkah ada hikmah yang terbaik di sebaliknya sekalipun kita kurang memahaminya. Bukankah Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik untuk kita ikuti?
Jom kita tengok cara mendidik anak2 mengikut tahap umurnya...
0 HINGGA 7 TAHUN
Untuk
mak2 yang senang sungguh bertukar2 menjadi singa mahupun dinasour,
diharap kita boleh ambil iktibar dengan cara didikan Rasulullah SAW ini.
Memang kalau ikutkan hati, beso kecik beso kecik je tengok kanak2 ni
bergembira menyepahkan rumah, berparti conteng dinding, buat lantai
banjir dan macam2 lagi tapi itulah fitrah kanak2.
Play time is the best
learning process for them. So do not hold their curiosity and let them
explore!
7 HINGGA 14 TAHUN
Mommy eez sedang menghadapi peringkat ini pada masa sekarang. Bukan senang tapi tak mustahil. Mommy eez percaya, lebih mudah kita bentuk anak2 seawal mungkin berbanding bila dah besar. Pastikan hati anak2 mudah lembut mendengar dan mengikut cara didikan kita yang berdasarkan sunnah Rasulullah SAW ini supaya nanti bila mereka dah meningkat dewasa, mereka tahu ke mana arah mereka patut tuju jika mereka lost dalam hidup mereka insha Allah.
15 TAHUN HINGGA 21 TAHUN
Semakin meningkat usia mereka, semakin besarlah cabaran dalam mendidik anak2 ni kerana zaman mereka sangat2 berlainan berbanding zaman kita dibesarkan. Zaman mereka yang penuh hiburan, internet yang berleluasa dan tanpa sempadan yang membolehkan mereka mengakses maklumat yang tak sepadan dengan usia mereka. Pastikan kita ibubapa yang menjadi tempat rujukan mereka bukan kawan2 sebaya mereka yang masih mencari2 identiti dan tujuan hidup mereka.
21 TAHUN DAN KE ATAS
Masa inilah jiwa dan minda anak2 akan teruji. Kita terpaksa melepaskan anak2 pada saat ini untuk mereka belajar pengalaman hidup yang kadangkala ada gembira dan ada duka. Mereka perlu belajar cara untuk survive dan memilih jalan yang terbaik buat mereka dengan berpandukan jalan yang Allah redhai.
Kalau korang ada apa2 pengalaman atau soalan untuk dikongsi boleh tinggalkan komen korang di ruangan komen ok. Sekarang ni macam2 isu yang tular sampai mommy eez tak terkejar dan ada masa tak terluah dengan kata2 disebabkan kes2 yang sangat melampau batas. Bukan hanya kes buli sehingga menyebabkan kematian, kes social issue S-Trend Line (S-Sex) yang viral untuk menunjukkan berapa kali seseorang itu telah melakukan s***... Allahuakbar... semoga anak2 kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang semakin bahaya ni.. .Nauzubillahiminzalik..
Mommy EEZ
https://kiddieoasis.my-online.store/