Bila ALLAH bagi peluang HIDUP untuk kali ke-2

Di keheningan malam menjelang 25 Disember 2019, mommy eez ada cerita yang sangat menarik nak dikongsikan dengan para pembaca belog Kiddie Oasis ni.

Pada hari Jumaat 13 Disember 2019, mommy eez pilih untuk buat annual health check-up di Hospital Avisena, Shah Alam. Tahun2 sebelum ni, mommy eez buat dekat klinik biasa je. Setakat cek darah nak tahu level gula, kolestrol, hemoglobin (HB) dan etc. tapi entah apa rajin dan gatal tahun ni nak pergi buat dekat hospital pula. Kononnya nak dapatkan report dengan lebih detail la sebab usia semakin lanjut ni kan.

Jadi, mommy eez pun dengan gigih pergi buat check-up dekat Hospital Avisena dengan ditemani oleh heroin seorang ni, kakak Raihan. Dah settle semua ambil darah, buat ECG, ambil urine dan ukur berat dan tinggi semua, hari yang sama juga mommy eez terus jumpa doktor pakar untuk explain result test check-up. Mommy eez sangat yakin, takkan ada abnormalities sebab rasa badan masih sihat (walaupun ada sikit lelah), sekali doktor beritahu...

"Result ECG awak abnormal. Boleh tak, esok awak datang buat Stress Test?"

Berderau darah mommy eez bila doktor pakar cakap macam tu. Adeh! Awal sgt kalau nak ada sakit jantung ni. Tambah doktor lagi, kalau ikut result macam ni ada possibility untuk salur darah dekat jantung tersumbat. Uwaaaaa lagilah tak tenteram hatiku ni. Terus mommy eez tak boleh tidur sangat malam tu. Otak dah fikir macam2. Kebetulan pula, doktor pakar yang check result test mommy eez tu ialah pakar cardiologist! Uwaaaaa~~~



Ni bukan mommy eez punya ye. Saje nak bagi contoh abnormalities in ECG result. Kredit to Pakcik Google / AHA Journals



Keesokannya tu, mommy eez pun datang sekali lagi untuk buat Stress Test. Stress Test ni lebih kurang macam test ECG tapi kena jalan dan lari atas treadmill. Masa starting test tu pun, heart rate mommy eez dah cecah 120! Hahahaha gila nervous! Tangan dan kaki pun seram sejuk. Walaupun mommy eez mampu untuk complete semua level dalam Stress Test tu, tapi muka nurse yang handle test tu sungguh tak memberangsangkan. Mommy eez pun duk gatal tanya, "Macam mana ye graf saya? Ok tak?". Nurse tu pun jawab, "Err.. ada few graf yang inversion ni puan. Masa puan jalan memang ada inversion. Tapi bila dah lari laju macam elok pula graf dia. Tapi saya tak berani komen lebih2. Better puan tunggu apa kata doktor". Sambil dia bercakap tu, tangan tak berhenti2 ambil screenshot graf dan tulis T INVERSION bla bla bla.. perkataan INVERSION tu pun dah cukup MENYERAMMMMMKAN tau tak!

Bila mommy eez jumpa dengan doktor pakar untuk kali ke-2, dengan selambanya dia cakap - OK result awak normal. Mommy eez macam blur masa tu dan terus highlight dekat doktor, "Tadi saya nampak macam ada inversion dekat graf". Then doktor tu terus buka lagi sekali report result Stress Test tu dan cakap "Eh ha ahla.. ada inversion. Kira positive ni... positive ischaemia". Mommy eez tengok doktor tu bosa kocik bosa kocik yo. Macam main2 je nak bagi verdict kan. Dahlah semalam tu, mommy eez yang highlight dekat dia yang tahap kolestrol mommy eez tinggi, baru dia terfikir nak bagi ubat kolestrol. Haih.. Tapi doktor tu counter balik, "Kalau ikut instinct saya ni, awak tak ada apa2. Result darah awak semua ok je. Tapi saya rasa better kita betul2 confirm dengan buat CT Scan dan Echo. Tapi saya tak ada the whole next week. Minggu lagi satu baru ada."



WHAAAATTTTTT????
Kena tunggu lagi 11 hari baru tahu result?????

Mommy eez betul2 tak pernah terfikir akan diuji sebegini rupa. Dahlah result ECG dan Stress Test positive ischaemia, lepas tu bila nak proceed buat CT Scan dan Echo, doktor cuti panjang plak! Subhanallah. Incik Boss cuba untuk buat kool dan sangat yakin dengan instinct doktor pakar tu. Yelah, doktor pakar tu juga ialah doktor yang sama check Incik Boss satu masa dulu. Tu pasal dia yakin 300%! Untuk pengetahuan, ischaemia ni salah satu artery coronary disease atau secara laymen term nya ialah penyakit salur darah tersumbat pada jantung atau pun senang cakap - SAKIT JANTUNG. Horror tau!

Jadi bermulalah hari2 yang mommy eez lalui dengan perasaan lemah longlai seumpama tiada harapan lagi untuk hidup. Cuba untuk melatih diri untuk menerima qada' dan qadar di samping tak putus2 berdoa supaya Allah kurniakan jantung yang sihat dan normal. Amal ibadah pun terus meningkat dua kali ganda umpama tiada lagi hari esok. Perasaan yang tak keruan dah macam tunggu hukuman mati je. Mommy eez cuba distract diri dengan sibukkan diri buat kerja online shop Kiddie Oasis dan juga buat aktiviti dengan anak2. Tapi setiap kali waktu solat sure terfikir. Bolehkah diri ni mampu untuk menerima berita yang sangat menyakitkan tu?

Fast forward, tibalah hari yang sangat menakutkan itu iaitu hari untuk buat CT scan dan Echo test. Mommy eez punya takut sampai the day before pun tangan dan kaki pun dah mula seram sejuk. Sampai je di hospital dalam pukul 9.30am, terus prepare untuk buat CT Scan atau lebih tepat dipanggil CT Angio Scan. Mommy eez diarahkan untuk baring atas katil dan berehat untuk pastikan heart rate mommy eez di bawah 70. Sebabnya untuk dapatkan gambar yang cantik, heart rate MESTI bawah 70, kalau tak, result tak valid. 

Cuba bayangkan, kita dahla nervous tahap kronik surelah heart rate jadi 80-90. Mommy eez memang sangaaaaat restless masa tu. Risau, panik, serabut dan macam2 lagi dalam kepala ni. Last2, nurse bagi mommy eez ubat penenang. Lepas makan ubat penenang tu, mommy eez jadi lalok sikit dan heart rate pun cecah dalam 65-67. Tanpa disangka, Allah uji lagi waktu tu dengan guarantee letter (GL) insurance ada problem pula. So, pihak hospital pun hold CT Scan tu dan minta mommy eez buat test Echo dulu. Kos untuk buat CT Scan agak mahal ye dalam lebih kurang RM3K. Kalau test Echo tu dalam few hundreds je. So, di kala lalok2 tu, mommy eez gagahkan diri untuk naik ke tingkat atas untuk buat Echo. Ooohh masa tu dah rasa macam tak best sangat. Dahlah risau yang melampau, tetiba jadi macam ni. Nak prepare buat CT Scan tu je dah hampir 1 jam setengah. Tu belum betul2 masuk dalam bilik  buat scan lagi. Bertabahlah mommy eez menunggu giliran untuk buat Echo. Masa nak tunggu buat Echo ni pun muka dah ketat gila. Nurse pula lelaki tapi Alhamdulillah dibantu oleh nurse perempuan so tak ada lah rasa awkward sangat sebab test Echo ni kena buka baju dan expose sikit bahagian dada. 

Test Echo ni, macam buat scan ultrasound (macam scan baby tu) untuk tengok size jantung. Dahlah benda tu besi sejuk, kena tekan dekat bahagian dada plak. Sakit dan ngilu rasanya tapi kutahan je la sebab nurse tu tekan agak kuat. 


Lepas habis buat Echo, barulah GL clear untuk cover semua test untuk hari tu dan nurse terus arahkan mommy eez sambung buat CT scan di tingkat bawah. Jam dah menunjukkan pukul 12.30pm. Perut dah menjerit buat konsert minta diisi. Mommy eez kena puasa bermula pukul 12am sehari sebelum test dibuat. Memang dah tahap lapo dinasour la waktu tu. Mommy eez pun menguatkan langkah untuk teruskan buat CT Scan. Masuk2 je bilik tu dah nampak ring bulat yang menyeramkan.



Kredit gambar to Pakcik Google once again

Masa tu rasa jantung berdebar sampai nak tembus keluar dada dah. Mana mungkin laaa mommy eez nak maintain heart rate jadi 60-70 bila dah nampak benda alah ni???? 

Bila dah tukar baju, mommy eez diarahkan untuk baring dengan kepala menghala pada ring bulat tu. Oh sebelum tu, mommy eez dah dicucuk dengan 1 drip IV sbb dalam test tu akan ada 4 test (kalau tak silap). 2 test tanpa dimasukkan fluid dan 2 test dimasukkan 10ml dan 60ml of fluid/contrast (tak igt apa nama fluid tu). Contrast tu gunanya untuk ambil gambar jantung kita. So setiap kali nak scan kena tahan nafas mengikut arahan nurse pada masa tu. Tapi banyak kali la kena sound sebab heart rate masih tinggi antara 80-90. Ubat penenang dah memang tak berapa menenangkan dah. Panik dah start menyerang. Last2 cuba utk berzikir walaupun jantung masih berdegup laju. Pujuk diri sendiri untuk tidur. Bila heart rate dah turun je, terus nurse cepat2 buat scan. Yang paling tak best masa masukkan fluid tu. Setakat 10ml boleh acah2 kool lagi. Masuk je last test yang masuk 60ml tu, badan dah rasa macam terbakar, panas sampat ke pundi kencing, rasa nak terkucil semua ada PLUS kena tahan nafas plak masa scan tu! Horror sungguh laaa (nampak nau dah tua mommy eez ni). 

Setelah bertarung lebih kurang 30minit dalam bilik CT Scan tu akhirnya barulah selesai. Ingatkan boleh dapat result dalam masa 30minit ke, sekali mommy eez diuji lagi bila nurse beritahu "Puan kena tunggu doktor masuk dalam pukul 3pm lebih ye sebab doktor ada buat endogram utk patient dia. Proses tu makan masa dalam 1jam lebih macam tu". Jam masa tu menunjukkan pukul 1pm.



UWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
KENA MENUNGGU LAGI 2 JAM!!!!!


Bayangkan dari pukul 9.30 pagi sampai di hospital dan pukul 1pm baru habis buat semua test. Then, kena menunggu lagi untuk tahu result....

Mommy eez pun melangkah longlai menghadap Incik Boss dan anak2. Sementara menunggu kami pergi lunch di luar Hospital Avisena tu. Memang tak lalu makan laaa~ banyak termenung je. Incik Boss pun cuba buat2 kool walaupun riak muka pun ada sikit risau tengok keadaan mommy eez yang dah macam zombie.

Dah settle lunch, kami pun dengan sabar menunggu di area menunggu hospital dan juga di depan bilik doktor pakar. Bila nampak je doktor dah masuk bilik beliau, mommy eez dah tak senang duduk. Tangan dan kaki dah seram sejuk macam dah tak ada darah. Ingatkan nama mommy eez akan dipanggil sekali ada orang lain yang dipanggil dulu. MENUNGGU LAGI!!!!! SUBHANALLLAAHHHHH Dugaan apakah ini! Benar2 menguji kesabarannnnnnnn!!!!

Akhirnya bila giliran mommy eez dipanggil, kami pun berbondong2 masuk ke dalam bilik doktor. Buka2 je pintu doktor dah tersenyum manis. Mommy eez pun duduk di tempat patient sebelah doktor tu. Allah je tahu perasaan masa tu. Nak get ready pasrah dan redha dengan segala ketentuan yang bakal diketahui kejap lagi.


"Ok macam saya cakap sebelum ni, jantung awak NORMAL."

YA ALLAH!!!!! ALHAMDULILLAHHHHH!!!! Rasa macam nak sujud masa tu tapi kena buat kool dulu. Doktor tu siap minta maaf sebab buat mommy eez tunggu lama untuk buat full test ni semua. Apa lagi Incik Boss mula la membahan kan. Aahhhh lantaklah korang nak bahan, yang penting MOMMY EEZ SIHAT! SYUKUR ALHAMDULILLAH!!!! (tapi sihat walafiat macam mana pun ajal maut semuanya di atas kuasa Allah SWT - ingatan untuk diri sendiri)

Doktor sambung lagi...

"Result ECG dan Stress test tu jadi positive sebab ada variant pada machine". Mommy eez tak berapa faham sangat tapi lebih kurang maksudnya machine test tersebut boleh keluarkan result error pada sesetengah individu. Doktor pakar tu beritahu lagi, so far dari pemerhatian dia, lebih kurang dalam 10% wanita kalau buat ECG atau Stress Test memang result positive ischaemia. So nak betul2 confirm kenalah proceed buat CT Scan. 

Wuwuwuwu~~~ Alhamdulillah rasa lega sangat dengar explanation doktor tu. Memang lepas ni, annual health check-up mommy eez buat dekat klinik je la. Tak kuasa menanggung derita kalau macam ni gaya setiap tahun.

Tapi...

dalam pada sihat, mommy eez dah start kena control makan since reading utk kolestrol dah very high. Acid Uric pun dah lepas border. Ini semua berpunca kerana tahap kerajinan yang semakin menipis untuk bersenam dan sibuk dengan online shop Kiddie Oasis. Jadi, setelah semua ini berlaku, banyak pengajaran mommy eez dapat dan nak mulakan azam baru tahun 2020 nanti.

Pengajaran yang paling bernilai ialah:

1. Mommy eez dapat rasa macam mana perasaan bagi mereka yang ada critical/terminal illness macam sakit jantung tu walaupun untuk tempoh 11 hari je. Sedihnya Allah saja yang tahu. Rasa macam... haku nak tukar badan dengan orang lain yang sihat sekarang juga! Mommy eez sangat tak boleh terima kenyataan masa tu. Kenapa terlalu awal untuk mommy eez ada sakit kronik macam tu sedangkan umur baru awal 30-an???? Tapi, ajal maut semua atas kuasa Allah tak kira usia muda atau tua kan?

2. Belajar untuk redha. Selama masa menunggu untuk buat full test tu, mommy eez macam dah start prepare diri sendiri untuk apa2 kemungkinan. Solat awal waktu. Banyakkan baca Quran. Nak buat dosa pun takut sedangkan memang sentiasa menjadi pendosa pun. Hanya dengan rahmat Allah je mampu untuk selamatkan kita yang sebenarnya. Rasa diri sendiri sangat kerdil masa tu. Amalan masih tak cukup. Takut tak sempat bawa bekalan banyak2 sebelum melangkah ke alam barzakh.

3. Mommy eez mula faham perasaan mama dan ayah mommy eez. Bukan senang untuk terima hakikat yang badan kita dah mula tua dan berpenyakit. Selama ni, mommy eez macam tak berapa kisah sangat. Kali ni Allah betul2 ajar mommy eez untuk lebih rasa empati pada orang2 di sekeliling terutama ahli keluarga sendiri yang dah mula ada penyakit.

4. Hargai orang di sekeliling kita tak kira apa saja kelemahan mereka. Kita pun tak sesempurna mana dan kita pun tak tahu berapa banyak lagi masa yang kita ada untuk luangkan bersama mereka. Kakak Raihan pun macam sedih je bila mommy eez dah down. Banyak kali minta kakak Raihan doakan untuk mommy eez. Mungkin juga Allah makbulkan doa dia sebab budak2 berhati suci dan ikhlas kan.

5. Sila simpan perasaan risau, sedih dan serabut tu semua di hari 'kejadian' (waktu dapat result) sebab mommy eez dah rugi 11 hari. Semua kerja2 banyak terbengkalai termasuk persiapan sekolah kakak Raihan hanya kerana terlalu down dan sedih atas perkara yang belum pasti lagi sahih ke tak. Memang bukan senang untuk kita kawal perasaan. Tapi kita kena yakin dengan Allah. Setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk kita.

6. Jangan berkira dalam buat amal ibadah. Bila dah sakit baru nak terfikir nak buat amal ibadah dengan sebanyak2nya. Patutnya, tak kira masa sama ada sihat ke tak sihat ke, yang penting sentiasa konsisten!

7. Allah sentiasa sayang hamba2Nya. Allah masih sayangkan mommy eez walaupun terasa diri ni banyak sangat dosa dan forever berdosa. Rasa tak layak untuk dapat kasih sayang Allah. Tapi kita tak boleh letak mind set begitu sebab boleh buat jasad dan rohani kita merajuk. So, always put trust in HIM and have faith that He will give the best for us in this life. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya

Hokey... tu saja perkongsian mommy eez untuk ending 2019 ni. Nantikan kemunculan post2 mommy eez untuk tahun 2020. Diharap dapat consistent dan bawa lebih banyak manfaat buat para pembaca belog ni... aaaminnn


Lav,

Mommy EEZ

Review Quran Tagging - ORIGINAL Quran Tagging dari Sahabat Enuur

Assalamualaikum... (tak jawab dosa hihihi)

Bersawang2 sungguh belog mommy eez ni. Last post was on September 2019. Oklah baru 3 bulan menyepi. Sebenarnya tak adalah menyepi sangat. Ada je duk nak buat draf post tapi tak publish2. Reason sebab gambar tak ada, fakta tak cukup, mood menulis lari merajuk siap main hide and seek dan etc. Jom kita buang segala macam alasan dan start menulis!

So, kali ni mommy eez nak buat review pasal...


QURAN TAGGING ORIGINAL DARI SAHABAT ENUUR

Kenapa mommy eez highlight sungguh perkataan ORIGINAL tu? Sebabnya sekarang dah macam2 jenis Quran Tagging dah dikeluarkan oleh pelbagai2 publisher. Permainan harga tak payah cakaplah. Sedih juga bila Quran sendiri terjebak dalam permainan harga. Itulah dia tangan2 manusia yang membinasakan... haih~

Setahu mommy eez, team Sahabat Enuur ni yang sebenarnya pelopor utama/paling awal yang membuat Quran Tagging ni. Bila demand untuk Quran Tagging ni semakin tinggi dan menjadi viral, memang biasalah bila ada yang cuba mengambil kesempatan yang tak berapa elok.

Sebelum mommy eez pergi lebih lanjut, mommy eez terangkan dulu macam mana mommy eez tahu pasal Quran Tagging ni.

Mommy eez mula jadi Penjual Quran Tagging Sahabat Enuur ni dari awal tahun 2019 lagi. Mula2 nak jual tu rasa bersalah sebab takut orang kata macam menjual agama plak. Huhuhu~ Tapi sebab mommy eez punya supplier a.k.a mentor Kak Nadia (huhuhu~ malu juga kalau dia baca ni =P) suggest untuk cuba jual so, lama2 terbuka lah hati ni untuk menjual. Lagi pun Al-Quran ni memang sangat3 dekat di hati mommy eez sebab, dengan Al-Quran banyak ubah hidup mommy eez bermula dari bekerja di KL lagi. Even sampai sekarang masih rasa seronok untuk dalami Quran dengan dengar ceramah dari Ustaz Ibnu Rijal dan Ustaz Auni. So doakan mommy eez terus istiqamah untuk sentiasa membaca, beramal dan berdakwah secara tak langsung Insya Allah.

Hokey, kalau anda semua nak tahu, team Sahabat Enuur ni ialah mereka yang membuat tagging2 yang dilekatkan pada Al-Quran Humaira. Mereka hanya menggunakan Al-Quran Humaira ni yang diterbitkan oleh Humaira Bookstore Enterprise.




Team Sahabat Enuur ni ada juga menggunakan Al-Quran Al-Haramain yang bersaiz A4 tu yang diterbitkan oleh Karya Bestari.



Jadi jangan keliru ya antara Sahabat Enuur, Humaira dan juga Al-Haramain. Team Sahabat Enuur ni lah yang memulakan proses tagging ni berdasarkan ayat2 Al-Quran yg menjadi pilihan mereka. Tagging ni ialah kertas kecil yang colourful yang selalu kita buat untuk tulis shortnote atau tanda buku. Contoh macam dalam gambar bawah ni (tagging warna biru - Sebaik2 Pemberi Rezeki).




Ramai juga yang tanya mommy eez, apa guna tagging2 ni sebenarnya? Tagging ni gunanya menunjukkan satu2 ayat Quran tu berkisarkan tentang apa. Contoh ada tagging tentang doa untuk keluarga dan zuriat, kisah2 nabi, pasal talak, jangan dekati zina dan macam2 lagi. 



Jadi, tagging2 ni semua dah diperiksa oleh pakar2 ilmu Al-Quran seperti:

- Ustaz Nor Azariza iaitu Mantan Pengelola Halaqat Kawasan Kota Bharu dan juga Tenaga Pengajar di Darul Hadis An Nabawi Kubang Kerian.
- Ustazah Nafisah Tahir iaitu penulis buku Ajarkan Wanitamu Surah An-Nur

dan juga beberapa Ustaz dan Ustazah yang lain di dalam team Sahabat Enuur.

Jadi tak perlulah risau yang tagging2 ni bukannya diletakkan dengan sesuka hati sebab ayat2 Al-Quran ni terdiri daripada ayat2 muhkamat (ayat direct yang senang faham / jelas maknanya) dan juga ayat2 mutasyabihat (tidak jelas / samar2 / yang hanya Allah saja yang tahu maknanya). Jadi bukan boleh simply letak je tagging2 ni hokey. Kalau quran tagging BUKAN keluaran Sahabat Enuur, mommy eez tak sure plak yang tu.

Quran Tagging ni ada pelbagai saiz dan juga jumlah tagging. Buat masa ni, yang mommy eez offer ada:
1. Saiz A6 (paling kecil / separuh saiz A5)
2. Saiz A5 (sederhana besar / separuh saiz A4)
3. Saiz A4 (paling besar)

Dan jumlah tagging:
1. Nafeesa 198 tagging
2. Safeeya 383 tagging (complete set)

Terpulanglah pada keperluan masing2. Kalau yang jenis suka travel dan senang dibawa ke mana2 boleh pilih saiz A6. Kalau rasa macam rabun dekat, better pilih saiz A5. Kalau nak buat hadiah untuk mak ayah atau nak buat baca sendiri di rumah, boleh pilih saiz A4.




So ada banyak pilihan Quran Tagging ni dan kalau ada yang berminat untuk dapatkan yang ORIGINAL dari Sahabat Enuur boleh tekan link dekat bawah ni hokey!


Bila dah start menjual, of course la teringin nak beli untuk diri sendiri. Akhirnya, masa birthday mommy eez tahun ni, dapat juga beli Quran Tagging Humaira Safeeya yg ada 383 tagging bersaiz A5 warna purple. Yeayyyy Alhamdulillah. Sebelum ni, mommy eez memang dah ada tafsir Quran bersaiz A6, tapi sejak usia semakin lanjut ni, rasa lebih selesa nak dapatkan Quran yang bersaiz besar sikit. 


Boleh tengok review mommy eez dekat Youtube Channel Kiddie Oasis juga =D
(click dkt bawah)



Antara pencapaian paling tak boleh lupa bila Syaheera Rahman, wife Fad Bocey sudi order Quran Tagging dengan mommy eez. Mommy eez punya lah nervous sampai terlupa nak bagi buku2 tajwid FREE dekat diorang. Takpelah ada rezeki Insya Allah kita jumpa lagi huhuhu~ . Masa COD ni pun, mommy eez segan sangat3. Mommy eez jumpa Fad Bocey ni pun dekat hospital sebab anak2 diorang tak sihat. So, nak tanya lebih2 pun segan. Segalanya pun seganlah mommy eez ni ye pun hadoiyai. Kalau part membebel dalam Instagram, Facebook and Blogspot kemain lagi kan =P



Ramai juga customers yang tanya mommy eez tentang kualiti tagging ni. Senang tercabut/tertanggal ke tak? Bagi mommy eez, kualiti tagging ni so far sangat memuaskan dan tak senang tercabut MELAINKAN ada makhluk lain yang sengaja cabut tagging2 tu. Selalu mak2 ni je la yang faham siapa makhluk lain tu kan hihihi~

Selain tu, ada juga yang tanya - Saya dah ada Quran tafsir, kalau saya nak beli tagging saja boleh tak? Boleh sajaaaaa. Sahabat Enuur pun ada jual manual tagging:

Manual Tagging Quran 1.0 Mika (168 ayat tagging)

dan 

Manual Tagging Quran 2.0 Matin (215 ayat tagging)


Beza antara dua versi tagging ni ialah dari segi jumlah ayat2 tagging je. Yang 1.0 Mika ada 168 ayat2 tagging (tak termasuk pembahagian juzuk), manakala yang 2.0 Matin ada 215 ayat2 tagging (termasuk pembahagian juzuk). Jadi keseluruhan kombinasi versi 1.0 dan 2.0 akan mendapat total 383 ayat2 tagging. Jadi, mommy eez selalu akan suggest bagi yang baru nak cuba beli, better beli versi 2.0 dulu sebab dah sedia ada pembahagian juzuk. Nak beli dua2 lagi ngam cuma sila bertabah untuk lekat tagging2 tu. Macam mommy eez yang hado anak kocik ni tak mampu nak lekat tagging tu sendiri so terus beli yang dah siap bertagging. Cuma, mommy eez rasa bila kita lekat sendiri tu lagi feel la dan mudah ingat insya Allah.

Dari segi cover Quran plak, anda semua boleh pilih yang nak jenis berzip ataupun jenis berklip magnet. Ada yang fikir suka jenis berzip so tagging2 tu tak mudah tanggal. Tapi mommy eez pakai yang jenis klip magnet ni so far OK je dan lagi seronok sbb tengok tagging2 tu colourful. Lagi buat mommy eez rasa tazaba2 nak baca Quran ececece.. poyo sungguh ayat =P

Hokey, tu saja mommy eez nak kongsi pasal Quran Tagging Humaira ni. Kalau ada apa2 tambahan nanti mommy eez update. Jom kita layan beberapa gambar Quran Tagging yang available dalam online shop Kiddie Oasis. 


Semua Quran Tagging adalah READY STOCK YE. Mommy eez tak ambil pre-order.




Quran Tagging Al-Haramain ni bersaiz A4



Isi kandungan dalan Quran Tagging Al-Haramain







Quran Tagging Humaira Eksklusif Wanita (saiz A5) ni available dalam 4 warna saja. 
Content pun berbeza dari Quran Humaira yang biasa/standard. Yang Standard ada Asbabun Nuzul (sebab2 turunnya ayat Al-Quran), Hadis dan ayat2 Hikmah. Untuk Eksklusif Wanita lebih kepada menerangkan hal2 wanita macam harta anak dan keluarga, wanita yang mengandung dan melahirkan, berbuat baik dengan jiran, sikap wanita dan etc. Boleh juga tengok video review dari BFF mommy eez, Cikgu Sharmi di Youtube Channel Kiddie Oasis ni:








Quran Tagging Humaira Special Edition (saiz A5) ni selalu dijadikan sebagai hantaran kahwin/bertunang ataupun hadiah buat insan2 tersayang. Siap ada exclusive paper bag, dust bag, kotak dan kad2 doa. Contentnya sama dengan Humaira Standard.



Yang ni Quran Tagging Humaira Standard (saiz A5). Ada 5 pilihan warna semuanya. Yang mommy eez punya yang warna purple tu.






Quran Tagging Humaira Standard (saiz A6) berklip magnet.




Quran Tagging Humaira Standard (saiz A6) berzip. So far yang tinggal ada jenis Nafeesa 198 tagging saja. 



Hokey, harap perkongsian mommy eez kali ni dapat memberi manfaat buat anda semua termasuk mommy eez juga muahaha~ Insya Allah ada rezeki kita berurusan dan mommy eez juga ada buat servis COD di sekitar Shah Alam beserta caj delivery ikut kawasan. Kalau di luar kawasan Shah Alam, mommy eez boleh hantarkan juga tapi melalui servis runner.


Jumpa lagi dalam next post, Insya Allah.

Assalamualaikum.

Love,

Mommy EEZ


Popular Posts