Tips Mencari Rumah Sewa - Checklist Rumah Sewa

Assalamualaikum dan selamat tengah malam!

Apalah Mommy EEZ nak membebel tengah2 malam buta ni kan. Sebenarnya Mommy EEZ and family bakal berpindah ke rumah sewa di Shah Alam. Jadi disebabkan banyak benda nak kena tengok so apa salahnya Mommy EEZ share few items yang nak kena consider sebelum nak memilih rumah sewa. Selain itu, banyak juga kes bakal2 penyewa yang kena tipu dengan si penipu yang berlakon sebagai owner/ejen rumah. Bila bakal penyewa dah bayar duit deposit, terus si penipu menghilangkan diri. Ada yang bagi IC tipu untuk mengaburi bakal penyewa. Memang kena hati2 di zaman sekarang ni.


Mommy EEZ agak cerewet sikit bila bab2 nak pilih rumah ni sebab sekarang ni dah duduk rumah sendiri yang agak proper. Lepas tu dah jadi Stay-At-Home-Mom (SAHM) jadi banyak masa habis di rumahlah. Semestinya rumah nak kena selesa, bersih dan best! Hehehe~


Keputusan untuk pindah ke Shah Alam ialah sebab nak bagi memudahkan Abg Ham a.k.a Abahnye Raihan ke office dan juga kakak Raihan ke tadika setiap hari di sana. Tambah2 pula kakak Raihan dah nak masuk darjah 1 pada tahun 2019 jadi kami kena decide sekolah rendah mana yang sesuai untuk kakak Raihan ni. Memandangkan ulang alik KL-Shah Alam-KL dah memakan masa hampir 3-4 jam (bila waktu peak hour jammed tak hengat) jadi kami cuba untuk jimatkan masa, tenaga, petrol dan tol dengan menyewa di Shah Alam sana. 


Mommy EEZ dah bermastautin di kotaraya Kuala Lumpur terchenta selama 32 tahun. Huhuhu~ lama kan. Dari lahir di HKL, membesar di Keramat dan Kg. Baru, bersekolah di Kg. Pandan kemudian merantau sekejap di Kualo Pilah dan Bangi (elehhh dokek yo pun) untuk sambung belajar, alih2 pulang semula ke tengah2 kota KL untuk bekerja. Sangat pure KL-lite tapi still fail jalan2 di KL ni sebab banyak sangat bertukar disebabkan pembangunan di sana sini.


Hokey enough of membebel. Jom tengok apa CHECKLIST yang perlu anda consider bila nak pilih rumah sewa:


1. Sewa rumah melalui 'Direct Owner' atau Ejen

Terpulang kepada jenis dan lokasi rumah yang kita pilih. Boleh melalui 'Direct Owner' / Owner Rumah atau Ejen. Ada beberapa risiko yang perlu dilihat bila kita nak deal dengan mereka2 ini. Nanti Mommy EEZ cerita lebih lanjut di post yang lain hokey.

2. Kena tahu berapa deposit perlu dibayar. 2 + 1 atau 1 + 1 atau 2 + 1 + 1?

Apa benda 2 plus 1 dan 1 plus 1 ni. Hokey Mommy EEZ bagi contoh kalau kata sewa rumah tu RM1000 sebulan.

1 + 1 : RM1000 (security deposit) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM2000


2 + 1 : RM2000 (security deposit) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM3000


2 + 1 + 1 : RM2000 (security deposit) + RM1000 (bayaran security untuk utility bills) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM4000


So macam Mommy EEZ kena 2 + 1 + 1 sebab melalui Ejen dan ada juga tambahan untuk stamping fee bagi Tenancy Agreement (TA) sebanyak RM400. Rasanya kalau deal dengan Owner Rumah terus tak adalah kena sampai RM400 tu. Kira RM400 tu dibayar kepada Ejen sebagai komisyen je lah kot. Mula2 masa nak confirm rumah sewa tu, kami kena bayar dulu booking fee iaitu bayaran sewa bulan pertama. Kemudian bila dah nak sign TA, baru kita bayar balance security deposit dan juga bayaran security untuk utility bills pada Owner Rumah.


Sebagai penyewa kita kena faham yang security deposit dan juga bayaran security untuk utility bills tu TIDAK akan ditolak bila dah sampai penghujung waktu dah nak habis kontrak menyewa. Bergantung kepada budi bicara Owner Rumah tapi setahu Mommy EEZ, Owner Rumah akan hold 2 bayaran tu selagi Owner Rumah belum habis check dan berpuas hati dengan keadaan rumah sewa yang kita dah duduk tu. Bila dah tak ada pending payment utk utility bills, rumah masih elok dan cantik, Insya Allah kita akan dapat semula full amount 2 bayaran tu tadi bila kita dah keluar dari rumah sewa tu. 


3. Check pressure air dalam toilet dan dapur

Boleh test terus masa tengah view rumah sewa tu. 

4. Utility bills bulanan tu bayar asing atau dibayar pada Owner Rumah?
Perlu check yang ni sebab ada Owner Rumah yang nak penyewa/tenant bayar pada mereka. Sebab semua bill atas nama Owner Rumah kan. Tapi macam Mommy EEZ lebih prefer bayar sendiri pada TNB dan Syabas sebab kita hanya bayar berapa yang kita guna daripada nak bayar fixed amount pada Owner Rumah sedangkan kita guna mungkin tak sebanyak yang nak dibayar pada Owner Rumah tu. Err.. faham tak maksud Mommy EEZ?

5. Owner Rumah cover Maintenance Fee tak?
Selalunya Maintenance Fee ni untuk rumah jenis apartment atau condominium. Selalunya memang ditanggung/covered by the Owner Rumah. Selain itu, Owner Rumah juga perlu cover Fire Insurance dan juga Cukai Pintu.

6. Check phone line coverage/internet speed dalam rumah sewa 
Boleh pakai App SpeedTest untuk tengok kelajuan internet line anda masa tengah viewing rumah yang kita nak sewa tu. Untuk phone coverage boleh tengok coverage bar pada phone. Nak buat test phone call pun boleh. Kadang2 benda2 macam ni walaupun nampak remeh tapi mainkan peranan juga sebab bila ada emergency call barulah nak menyesal sbb line phone problem. Selalunya rumah tingkat atas dalam tingkat 15 dan ke atas akan ada problem dari segi coverage line dan juga internet line. Yang penting kena test dulu hokey.

7. Provide kitchen cabinet tak?
Yang ni Mommy EEZ sangat sangaaaatttt sangatttt perlukan. So sangat wajib untuk rumah sewa Mommy EEZ.

8. Washing Machine muat tak untuk diletakkan di bahagian bilik utility?
Selalunya di belakang kitchen pasti ada yard atau bilik utility yang kecil. Jadi kenalah check current size of washing machine sama ada muat ke tak. Washing machine Mommy EEZ agak besar sbb dah combine sekali dengan dryer.

9. Dah ada grill depan pintu atau di yard (kalau open)?
Better cari yang dah siap pasang grill. Yang ni sangat penting kalau kita ada family yang beranak kecil. Bahaya kalau tingkap tak pasang grill pada bilik anak2. Pintu entrance pun wajib ada grill juga.

10. Balkoni
Kena check space cukup untuk ampai baju atau lepak2. Bonus kalau boleh tanya terus pada Owner Rumah untuk kita install railing baju besi tu so boleh jimat space dah daripada nak pakai clothes railing yang besar tu.

11. Ada water heater in each bathroom?
Yesss kena check juga sama ada functional or not.

12. Ada Air cond?
Check juga supaya aircond semua berfungsi dengan elok dan telah diservis tip top! By right, air cond perlu diservis setahun sekali.

13. Check dapur masak sama ada menggunakan tong gas silinder atau billing?
Kena tanya Owner Rumah atau Ejen. Kalau tong gas pastikan ada khidmat delivery ye. Mommy EEZ tak berapa sado nak menghangkut barang2 yang agak 'ringan' ni. Kalau pakai billing kena tahu cara pembayarannya juga.

14. Car park ada berapa?
Ada yang 1 atau 2 carpark. Lokasi car park pun kena ambil tahu juga. Sangat senang bila dapat 2 car park yang bersebelahan. Senang nak transfer2 barang pada kereta.

15. 
Berapa access card yang Owner Rumah akan bagi?
Sebaik2nya lebih dari 1 access card.

16. Facilities - swimming pool, gym, kedai
Adakah semua facilities available? Sebab macam rumah baru yang Mommy EEZ nak sewa, kedai dan gym tak available lagi sebab kawasan sekitar tu terlampau baru.

17. Deposit pindah rumah untuk dibayar pada Management Office Building 
Yang ni khas untuk menyewa rumah aparment atau condominium. Setiap kali nak pindah masuk/keluar barang, kena sediakan deposit pada Management Office sebab takut dalam pada tengah pindah2 barang, tetiba terscratch lift ke kan. Deposit ni selalunya refundable so tak perlu risau. 

18. Check jenis curtain railing
Yang best kalau Owner Rumah boleh bagi yang w/o hook tu. Senang nak pasang dan cabut bila nak basuh kan. Kalau pakai hook besi yang old skool tu, memang leceh sbb nak kena pasangkan hook yang banyak2 tu pada langsir dan yada yada yada...

19. Check view dekat balcony
Pastikan view di balcony memberikan senyuman kepada anda. Tapi selalunya option ni agak susah nak dapat. Jadi Mommy EEZ pasrah je dengan view di balcony asalkan tak menghadap tempat pelik2. Lagi satu check balcony sama ada menghadap matahari pagi atau petang. Kalau menghadap matahari pagi, rumah jadi tak berapa panas compared yang menghadap matahari petang.

Hokey itu saja buat masa ni yang Mommy EEZ ingat. Kalau ada nak tambah2 point lagi nanti Mommy EEZ update je post ni hokey.

Doakan Mommy EEZ selamat berpindah bersama keluarga terchenta. Aaaaminnn.

Photo Source - Pak Cik Gugel

Popular Posts